Ketika coretan ini dicoretkan..juraian airmataku menitis bagaikan tidak dapat dibendung..Walaupun pada kalian ini hanya benda kecil yang tidak meninggalkan kesan, namun tidak pada diriku serta adik2..Kejadian yg menimpa pada pagi tadi dirasakan seolah-olah menyentap keceriaan kami sekeluarga..Di awal pagi kesedihan telah menyelubungi keluargaku, tatkala semua tengah sibuk dengan aktiviti masing2, tiba2 kami dikejutkan dengan perkhabaran yg kurang enak ..Ya ALLAh..Omey kena langgar!! laung ibuku, Laungan itu membuatkan seluruh keluargaku bingkas bangun dan degupan jantung bagaikan terhenti..Tidak mampu untukku berbuat apa2, langkah kaki ini bagaikan terpaku namun aku gagahi jua untuk berlari mendapatkan Omey yang sedang dalam kesakitan di atas jalan raya..Omey mengelupur dan darah membuak2 keluar dari mulut&hidung..Aku tidak mampu untuk berbuat apa2 ketika itu, perasaan sedih, kasihan, takut semua bercampur-baur..Hanya usapan halus ku berikan pada Omey sebelum kepergiannya..Bayangan terhadap keletahnya ketika sihat tiba2 menerjah ke dalam kotak fikiranku...aku hanya tersentak apabila adik-adikku mula mengerumuni Omey yang sudahpun tidak bernafas..Masing2 mengalirkan airmata disaat kepergiaan Omey...Ibuku yang menanti dihadapan pintu rumah juga turut tidak mampu untuk menahan airmatanya daripada tumpah..Ya ALLAH kesiannya..rintih ibuku..Omey dh xde mak..kata adikku dengan sayu..Kucing kesayangan kami sekeluarga telah mati dilanggar kereta yang lalu dihadapan rumah..Yang pasti tiada lagi aksi-aksi comel dan keletah manjanya dirumah kami..dan yang paling penting xada lagi kucing yang akan tidur dihadapan kipas sambil mempunyai gaya yg macam2 ketika tidur....Omey pandai ambil perhatiaan orang dengan telatahnye..Walaupun Omey hanyalah seekor kucing, namun kami sekeluarga telah menganggapnya sebahagian daripada hidup kami..kadang2 Omey juga selalu ikut kalau kami pergi ke mana2..dia suka naik kereta and mmg xsusah untuk menjaganya..Omey dilayan bagaikan anak kecil..diberi minum susu, makanan berkhasiat dan yang paling digemarinya adalah makan chocolate..Omey xseperti kucing2 lain yang kami pelihara sebabnya dia lebih bijak dan manja..bak kata. Omey la penghibur kt rumah kami..Kini Omey dh meninggalkan kami buat selama-lamanya..Semoga Omey bahagia di sana..Omey..We love u damn much!!!Kami semua pasti akan merindui kamu..='(
Alahai..cmne ek??
Lamanye x updated blog..mane x nye..ase mcm mls n give up dh ngan berblog ni..bkn pe, penat2 karang cite xde org pun nk bace kn..bile tgk2 kt follower ade 6org je!!! itu pun org2 yg terdekat..cme ek nk tmbhkn kenalan dlm blogger ni..i dh wat link kt fb..tp still xrmai yg follow..i jeles la tgk blogger2 lain ramai kenalan..i pun nk jgk..kpd sesiapa yg sudi membaca luahan hati i ni..tlg2 la i jd my follower..bleh kita share cite2 masing2 kn..klu bg sape2 yg xde blog pun xpe..uols still leh jd my follower tau..be my fren and follower k guys..=)
Subscribe to:
Posts (Atom)
